Monday, July 16, 2012

Pelajar Boleh Membawa Handphone Ke Sekolah Mulai Tahun 2013

Yesss!! Berita baik kepada semua pelajar tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah dimana mereka boleh membawa handphone ataupun telefon bimbit ke sekolah.Ini berikutan faktor aspek keselamatan dan mengambil kira pandangan yang positif. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.


Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah. Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.
Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen. Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.
p/s Handphone yang dibawa ke sekolah tu jangan disalahgunakan.. No sms gepren or bopren masa kelas,no game dan paling penting no facebook okey!!

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Pelajar Boleh Membawa Handphone Ke Sekolah Mulai Tahun 2013"

Post a Comment