Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Kerana Sakit Misteri, Awie Dikafankan

Kerana sakit misteri awie dikafankan.Awie yang juga seorang penyanyi dan pelakon popular terpaksa akur dengan kaedah mengubati penyakit misteri yang dialaminya. Semasa sesi perubatan itu dijalankan Awie dikafankan seperti orang yang sudah meninggal dunia semata-mata untuk membuang penyakit misteri dan pelin yang dihadapinya sejak beberapa bulan lepas.

awiehead Awie Dikafankan Untuk Rawatan Buang Sakit Misteri, Kini Sudah Pulih

“Masa dikafankan sama seperti orang mati, saya tidak fikir apa-apa lagi kerana apa yang penting penyakit dalam tubuh saya dapat dikeluarkan dan saya boleh sembuh.

“Namun saya akui ianya merupakan pengalaman yang amat teruk, bila saya terpaksa dikafankan kerana selepas dikafankan saya telah memuntahkan sejenis cecair dengan sangat banyak secara tiba-tiba.

“Ini hanya salah satu usaha saya untuk menyembuhkan penyakit yang saya hadapi. Saya hanya mencuba asalkan ianya tidak memudaratkan benar-benar mengikut perubatan Islam,”katanya

Selain mencuba di dalam malaysia, Awi turut mencuba nasib berubat di negara Thailand. Mungkin berjumpa dengan bomoh siam yang handal dalam arena santau dan jin.Awie yang kini sudah kembali pulih walaupun masih perlu menjalani beberapa perubatan Islam, berkata segala apa yang berlaku dipercayai adalah hukuman Tuhan terhadap dosa lampaunya.

Alhamdulillah awie sudah sembuh...
read more...

Thursday, July 26, 2012

Hiburan : Wings Pelaburan Terbesar KRU

KUMPULAN rock legenda, Wings merupakan satu nama besar yang wujud dalam industri muzik tempatan. Sejak menapak kukuh dalam belantika muzik tempatan seawal tahun 1985 hingga kini, kumpulan rock tersebut sering mendapat perhatian tidak kira dari peminat mahupun syarikat rakaman.

Apa yang menarik, setelah 10 tahun menyepi tanpa sebarang album baharu, Wings yang dianggotai oleh Awie, Joe, Black dan Eddie telah mengambil keputusan yang agak mengejut.

Mereka kini dengan rasmi telah mengikat kontrak untuk duduk di bawah payung KRU Studios. Ia merupakan satu keputusan yang sedikit mengejutkan kerana Wings telah lama 'terbang bebas' tanpa terikat dengan sebarang syarikat rakaman sejak tamat kontrak bersama syarikat rakaman BMG lebih lima tahun lalu.

Apa yang membuat Wings mengambil keputusan untuk bersama KRU. Adakah kerana mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk menerbitkan album baharu selepas 10 tahun tidak muncul dengan sebarang produk? Adakah Wings membenarkan KRU 'mengganggu' asas muzik rock mereka sebagai sebuah syarikat rakaman yang berhak menentukan jenis muzik yang mereka mahukan? Apa kompromi antara Wings dengan KRU? Semua itu dijawab oleh Wings dan pihak KRU yang bakal menerbitkan album Wings dengan judul Menakluk Kosmos.

Kosmo!: Apa yang meyakinkan Wings untuk menerima tawaran daripada KRU, sedangkan Wings telah lama bebas tanpa perlu mengikut petunjuk syarikat rakaman?

WINGS: Kami melihat daripada kejayaan yang dicapai oleh KRU yang diterajui oleh tiga anak muda daripada pelbagai sudut iaitu perniagaan, perfileman, mahupun muzik.

Kami juga menaruh harapan yang tinggi untuk mereka membuat sesuatu yang bakal terbangkan Wings ke tahap yang lebih tinggi. Sejujurnya, kami yakin untuk bernaung di bawah syarikat ini kerana ia merupakan 100 peratus milik bumiputera dan begitu juga kami yang mempunyai matlamat yang sama.

Adakah KRU terbabit dalam pemilihan muzik atau hanya promosi?

Apa yang Wings mahu, KRU akan bantu, namun dari sudut susunan lagu-lagu yang akan dihantar ke radio atau untuk mempromosi, kami akan berbincang bersama-sama, untuk menepati cita rasa dan konsep serta tema Wings yang asal. Bagaimanapun, konsep album adalah hak mutlak Wings. KRU tidak campur tangan terhadap karya kami.

Wings menandatangani kontrak dengan KRU selepas atau sebelum album siap?

Sebelum album siap.

Adakah KRU akan menyumbangkan ciptaan mereka?

Kami akan menilai sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan lagu kepada Wings. Kami tidak mahu menolak lagu yang hebat kerana jika lagu tersebut mampu menaikkan nama Wings, apa salahnya jika kami terima. Namun, dalam masa yang sama, kami juga ada menyimpan material yang dibuat oleh Wings dan juga membuka peluang kepada yang lain untuk membuat lagu-lagu yang terbaik untuk kami.

Terima atau tidak jika KRU ingin menukar konsep Wings?

Dalam perbincangan kami, KRU telah meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada Wings untuk membawa muzik kami iaitu ia tidak akan lari dari konsep Wings yang asal. Namun, jika KRU punya konsep menarik, kami tidak akan teragak-agak untuk melakukannya, mungkin sebagai projek khas.

read more...

Monday, July 23, 2012

Johan As’ari Nabila Huda Macam Bercinta

johan as'ari nabila huda
Ermm.. Johan As’ari Nabila Huda Macam Bercinta.. Kalau kita lihat pada kata-kata Johan As'ari kepada Nabila Huda nampak gayanya macam tengah syok tapi bila mendengar kepada penjelasan Nabila Hida kepada media hiburan dia menyatakan bahawa mereka berdua saling menyanyangi sebagai kawan baik.mari kita lihat ayat-ayat jiwang Johan Ashari kepada Nabila Huda.
johan as'ari nabila huda
johan as'ari nabila huda
johan as'ari nabila huda
Jawapan yang diberikan oleh Nabila Huda pula ialah:-

Baru pagi tadi saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya. Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik. Saya bersyukur kerana dia menghargai saya. Saya banyak mengajar dan berkongsi banyak perkara dengannya. Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain ‘just go with the flow’. Doakan sahaja hubungan kami menjadi.
Kalau Copule pun apa salahnya kan..
read more...

Sunday, July 22, 2012

Gosip : dato' ac mizal ajak abby abadi berdebat tentang isu pdrm

dato' ac mizal ajak abby abadi berdebat isu pdrm

Semuanya bermula bila abby abadi yang sekarang telah menjadi penceramah bebas memberikan ucapan tentang kezaliman pihak polis di kem tahanan di sebuah perhimpunan yang diadakan khas untuk menuntut pembebasan tahanan isa. Mungkin disebabkan terasa dengan ucapan abby dan disebabkan pernah menjadi seorang anggota polis walaupun ia cuma lakonan, dato' ac mizal di twitter mengemukakan cabaran pada abby untuk berdebat tentang isu ini :

Saya mewakili pihak polis malaysia mencabar @abby_abadi 112 berdebat atas kutukan beliau terhadap pihak PDRM!

Sebab fahaman berbeza tentang sesuatu isu, ada yang sampai sanggup ceraikan isteri. Harapnya ac dan abby taklah sampai putus kawan pula disebabkan fahaman berbeza tentang isu-isu ini.

Kredit : akidazami
read more...

Mia Sarah baru Tujuh Tahun Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

mia sara dengan ayah di malaysia book of records
Tahniah diucapkan buat pelakon cilik kita, Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan,7, kerana telah disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records malam tadi.. Mia Sara terpilih untuk disenaraikan kerana dia diiktiraf sebagai pelakon termuda yang berjaya meraih trofi di Festival Filem Malaysia (FFM) baru-baru ini..

Mia Sara yang terharu dengan penyenaraian ini mengucapkan ribuan terima kasih melalui account twitter kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepada dirinya.

“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan,”

MyGosip harap kejayaan Mia Sara ini akan memberi satu semangat baru untuk dia terus melebarkan sayapnya didalam dunia hiburan yang penuh dengan cabaran ini..

Selain Mia Sara, beberapa nama besar dalam industri hiburan juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records kali ini.. antaranya Aznil Hj.Nawawi diiktiraf sebagai personaliti televisyen bertahan paling lama dalam industri manakala Syamsul Yusof pula menerima pengiktirafan sebagai pengarah filem paling muda memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Filem Malaysia.

Kredit : MyGosip

read more...

Tuesday, July 17, 2012

Liyana Jasmay & Fathuddin Nikah 24 Januari 2013

Pelakon Liyana Jasmay mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013.Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.
Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.
“Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat" ujar beluau.
read more...

Sunday, July 15, 2012

Fasha Sandha Seksi Dan Menawan

Fasha Sandha Seksi Dan Menawan

Fasha Sandha memang seorang wanita yang cantik tidak dapat dinafikan... seksinya boleh membuat orang telan air liur ... jangan difikirkan nanti kempunan... hehe
p/s akustaring gosok² mata
read more...