Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Semak Keputusan SPM Ulangan 2012

Semak Keputusan SPM Ulangan 2012 akan dikeluarkan pada khamis ini 16 Ogos 2012. Kepada sesiapa yang menduduki spm ulangan ini semakan keputusan spm ulangan 2012 boleh dibuat pada 16 ogos 2012 dimana Keputusan SPM Ulangan 2012 akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.

 
Seramai 14,224 calon menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 7,389 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 3,909 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik. Sebanyak 239 pusat peperiksaan SPM ulangan tahun 2012 dibuka pada 13 dan 14 Jun lalu di seluruh negara.

Diharap kepada sesiapa yang ada mengambil spm ulangan tahun 2012 ini akan mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah kepada yang berjaya Admin ucapkan. :)

akustaring : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Komen ok Tq
read more...

Sunday, August 12, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia KDS1M merupakan satu berita baik bagi pelajar IPTA.Senarai Kedai yang mengambil kategori dalam Kad Diskaun 1Malaysia KDS1M ini boleh rujuk di bawah ini.Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dilaksanakan September ini.Penuntut akan mendapat potongan harga 10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya, kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera dan sebagainya dengan kad tersebut.
 
Penggunaan kad diskaun tersebut mempunyai ciri keselamatan tersendiri yang tertera pada kad metrik pelajar dan sah laku penggunaannya sehingga tamat pengajian mereka.Menurut Ismail Sabri, pelajar yang terlibat dengan skim itu meliputi pelajar yang sedang menuntut di Institusi Pendidikan Guru, politeknik dan matrikulasi.Katanya setakat ini skim tersebut hanya terhad kepada golongan mahasiswa dan tiada cadangan diperluaskan kepada pelajar sekolah.

Senarai Kedai Yang Mengambil Bahagian Dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia KDS1M

  • Buku & Alatan Tulis
  1.  MPH Bookstores
  2.  Imlaq Book Centre
  3.  BORDERS
  4.  RONA
  5.  Kiang Trading
  6.  Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  7.  Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8.  Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

  • Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  1. Bata
  2. iFamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
  4. Texline Lino

  • Klinik / Optometri / Cermin Mata
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry

  • Makanan Dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Bariyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Cafe
  13. Gloria Jean's Coffee
  14. Bangi Kopitiam

  • Hotel dan Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotel
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel SDN BHD

  • Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad


  • Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

  • Lain-Lain
  1. BKZ Bikerz (Motosikal)
  2. Roller Star Arena (Kasut Roda)
  3. Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. MYDIN

 ** Senarai Setakat Ini
Akustaring : Tolong Support LIKE Facebook page ok..
read more...

Friday, August 10, 2012

Semakan Rayuan UPU 2012 Lepasan STPM Dan Matrikulasi

Semakan Rayuan UPU 2012 Bagi Lepasan STPM Dan Matrikulasi boleh disemak mulai 10 ogos 2012. Cara semakan rayuan upu 2012 lepasan stpm dan matrikulasi boleh dibuat sama ada melalui online ataupun sms di hujung jari anda. Rayuan upu ini bertujuan untuk mengisi kekosongan dalam IPTA.

keputusan upu 2012
Cara semakan Rayuan UPU 2012 Lepasan STPM Dan Matrikulasi ONLINE
Online : Layari laman rasmi menerusi saluran di url yang disertakan dibawah
Saluran 1 : Lembah Klang
Saluran 2 : Selatan
Saluran 3 : Utara
Saluran 4 : Sabah
Saluran 5 : Sarawak

Talian : hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766
Cara semakan Rayuan UPU 2012 Lepasan STPM Dan Matrikulasi ONLINE
SMS : menaip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888
read more...

Sunday, July 29, 2012

Permohonan kemasukan ke matrikulasi kementerian pelajaran Malaysia KPM sesi 2012/2014

Permohonan kemasukan ke matrikulasi kementerian pelajaran Malaysia KPM sesi 2012/2014 boleh dibuat dengan cara online atau atas talian bermula dari 1 julai sehingga 10 oktober 2012. Sebelum membuat sebarang permohonan sila baca panduan dan syarat kelayakan terlebih dahulu.



Syarat Kelayakan Minimum Masuk Matrikulasi

a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
Fizik
Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :

  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5. E Matematik Tambahan

Aliran Teknikal (M007)

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
7. E Kimia
8. B Lukisan Kejuruteraan


Cara Membuat Permohonan Masuk Matrikulasi Online
1. Pelajar haruslah membeli nombor pin matrikulasi di Bank BSN yang terdekat.
2. Layari Laman Sesawang Applikasi Permohonan Matrikulasi 2013/ 2014

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

Untuk mendapatkan panduan mengisi borang Kemasukan Ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia KPM Sesi 2013/2014 sila layari, Panduan isi borang permohonan


Selamat Maju Jaya - Akustarin
read more...

Saturday, July 28, 2012

Biasiswa Rm1 Juta Kepada Pelajar

Pelajar Universiti Tylor beruntung kerana TWC memberikan biasiswa penuh bernilai RM1 juta kepada 12 orang pelajar cemerlang universiti itu. Biasiswa itu bertujuan supaya para pelajar universiti tersebut dapat mencapai impian mereka dalam bidang akademik.


Berbeza daripada program biasiswa dan dermasiswa lain, TWCS memberikan biasiswa kursus 100 peratus kepada penerima untuk mengikuti pengajian asasi atau program ijazah pilihan mereka di Universiti Taylor’s, ditambah peluang latihan kerja sebagai pelatih pengurusan dengan syarikat terkenal dalam industri.
read more...

Tarikh Tutup Permohonan PTPTN Bagi IPTA sesi 2012

Sedikit informasi tentang tarikh tutup permohonan PTPTN perbadanan pinjaman pendidikan tinggi nasional bagi sesi 2012. Diharap info ini dapat membantu para pelajar khususnya memulakan mahupun melanjutkan pelajaran sama ada di peringkat ipta mahupun ipts. Laman web PTPTN telah mengeluarkan tarikh tutup permohonan untuk IPTA bagi sesi 2012.



Sila rujuk jadual tarikh tutup permohonan PTPTN bagi IPTA sesi 2012 melalui Link Di Bawah

Jadual Tarikh Tutup Permohonan PTPTN Bagi IPTA Sesi 2012

Selamat Melanjutkan Pelajaran Dari AkusTarinG
read more...

Sunday, July 22, 2012

Fakta : HIV, AIDS Yang Perlu Anda Tahu


Rasanya, ramai antara kita sudah tahu fakta mengenai Penyakit HIV ini tetapi tahu saja tidak mencukupi kerana perkara lebih penting ialah kesediaan kita untuk menerima kehadiran pesakit dalam kehidupan kita. Jika kita benar-benar tahu dan faham mengenai HIV dan AIDS, kita tidak seharusnya resah apabila mengetahui orang yang duduk di sebelah kita adalah individu HIV, bukan?

Bagi yang masih ragu-ragu,bolehlah baca fakta berikut supaya anda dapat mengetahui lebih mendalam apa sebenarnya Penyakit HIV ini.

1. AIDS disebabkan HIV

HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) menjadi lemah kerana badan mereka hilang keupayaan melawan semua penyakit. Mereka akhirnya mati dan sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV.

2. Kemunculan pertama AIDS boleh mengambil masa 10 tahun selepas jangkitan
Virus HIV mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membiak dan membentuk koloni dalam badan manusia. Inilah sebabnya seseorang yang dijangkiti virus HIV kelihatan dan berasa sihat selama bertahun-tahun dan dalam tempoh inilah dia boleh memindahkan virus berkenaan kepada orang lain tanpa disedari. Ubat yang ada membolehkan individu dijangkiti HIV hidup sihat lebih lama tetapi dia tetap boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.

3. HIV dipindahkan melalui cecair badan
Pemindahan virus HIV boleh berlaku pada semua peringkat, sama ada pesakit sudah mengalami gejala AIDS atau kelihatan sihat. Pada individu yang dijangkiti virus HIV, virus ini boleh ditemui pada darah, air mani (termasuklah cecair yang keluar sebelum ejakulasi), lelehan vagina, dari ibu HIV kepada anak dalam kandungan, kelahiran dan susu badan.

4. Jangkitan virus HIV paling kerap berlaku melalui hubungan seks
Percampuran cecair badan berlaku ketika hubungan seks dan ketika itulah virus HIV boleh berpindah masuk ke dalam badan pasangan; terutama jika tisu vagina atau dubur luka; atau menghidap penyakit kelamin. Remaja perempuan lebih terdedah dan berisiko dijangkiti HIV kerana lapisan membran pada vagina mereka lebih nipis berbanding wanita dewasa dan mudah terkena jangkitan.

5. Individu yang menghidap penyakit kelamin lebih berisiko dijangkiti HIV
Menghidap penyakit kelamin akan meningkatkan risiko seseorang dijangkiti HIV dan kemudian, memindahkan jangkitan kepada orang lain jika mereka kerap bertukar pasangan. Individu yang menghidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin dan dalam tempoh ini mengelak daripada melakukan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (memakai pelindung umpamanya kondom). Malah mereka juga perlu memaklumkan perkara itu kepada pasangan.

6. Risiko jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan
Ia boleh dicapai dengan tidak melakukan hubungan seks; jika mereka yang tidak dijangkiti hanya mengadakan hubungan seks dengan pasangan sama saja atau mengamalkan seks selamat. Seks selamat bermakna seks yang tiada penetrasi (kemasukan zakar ke dalam vagina) atau menggunakan kondom. Bagaimanapun, kaedah ini masih ada risiko kerana pasangan mungkin luka, kondom bocor atau tertanggal jika tidak dipakai dengan baik. Paling selamat ialah langsung tidak mengadakan hubungan seks.

7. Individu yang menyuntik dadah juga berisiko tinggi mendapat jangkitan HIV
Virus HIV juga boleh dipindahkan melalui jarum suntikan dan ini adalah cara yang paling biasa di kalangan penagih dadah. Selain itu virus HIV juga boleh berpindah jika menggunakan pisau cukur, pisau dan lain-lain alat yang tercemar
(digunakan terlebih dulu oleh individu yang ada HIV).

8. Pegawai kesihatan atau pusat HIV/Aids yang boleh dihubungi untuk ujian dan kaunseling
Sesiapa yang mengesyaki dijangkiti HIV perlu menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS seperti Majlis AIDS Malaysia di talian 03-4045 1033 untuk ujian, nasihat dan kaunseling. Anda tidak perlu bimbang kerana semua maklumat adalah rahsia.

9. Virus HIV tidak berjangkit melalui sentuhan harian
Ini termasuklah bersalaman; berpelukan; menggunakan kolam renang atau tandas yang sama; berkongsi cadar dan sarung bantal, telefon, perabot, peralatan makan dan makanan. Malah, virus ini tidak tersebar menerusi batuk, bersin atau gigitan serangga termasuk nyamuk.

10. Setiap orang berhak menerima belas kasihan dan sokongan
Tidak kira siapa pun yang mendapat jangkitan HIV atau menghidap AIDS, mereka berhak mendapat sokongan dan belas kasihan. Mendiskriminasi atau menyisihkan penghidap AIDS atau individu yang dijangkiti HIV sebenarnya melanggar hak asasi manusia.

11. Bolehkah kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV?
Tidak. Tiada cara untuk kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV dengan melihat pada fizikalnya saja. Jangkitan HIV hanya boleh dikesan melalui ujian darah. Malah individu yang dijangkiti itu juga mungkin tidak menyedari virus itu ada dalam badan mereka kerana berasa sihat.

12. Jika dijangkiti HIV
Anda perlu memberitahu perkara itu kepada orang yang pernah menjadi pasangan seks anda atau individu yang berkongsi jarum suntikan dengan anda; supaya mereka boleh memikirkan untuk menjalani ujian pemeriksaan HIV. Bagaimanapun, ia bukanlah perkara yang mudah, mintalah nasihat daripada doktor, jururawat atau kakitangan Majlis AIDS Malaysia.

13. Pesakit perlu tahu mereka berhak mendapat rawatan
Memang tidak dapat dinafikan ada petugas perubatan yang kurang senang merawat pesakit kerana mereka kurang pengetahuan. Pesakit yang melalui sebarang bentuk diskriminasi atau dinafikan hak mendapat rawatan kerana menghidap HIV, perlu mencatat butir lengkap mengenai perkara itu, terutama masa, tarikh, tempat dan jika memperoleh nama individu yang terbabit sebagai dokumentasi untuk diambil tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang tidak dapat dilakukan jika tiada dokumentasi atau hanya berdasarkan rungutan. Ini penting untuk menghentikan diskriminasi terhadap pesakit HIV/AIDS kerana setiap orang ada hak sama seperti orang lain.

14. Jika anda pembawa HIV dan hamil
Jangan cuai mengambil ubat sepanjang kehamilan. Ubat itu boleh mengelakkan anak anda mendapat jangkitan HIV. Mereka juga perlu menyedari bahawa tidak boleh melahirkan anak secara normal, sebaliknya melalui pembedahan. Ini kerana ketika proses bersalin secara normal itulah virus akan ‘diwariskan’ kepada anak.

read more...

Tuesday, July 17, 2012

Cara Mengenalpasti Sama Ada Wanita Masih Dara Atau Tidak


DAHI
Biasanya, gadis yang masih suci mempunyai dahi yang licin. Kedutan karena sudah tidak suci, berbeza dengan kedutan wajah yang dimakan usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bicara, sementara kedutan karena dimakan usia senantiasa nampak dan kekal.
Kedutan di dahi kerana hilangnya kesucian tidak mudah dihilangkan dengan menggunakan krim. Cuba perhatikan dahi gadis yang sudah bersuami dengan yang belum. Perempuan yang sudah sudah terdapat beberapa kedutan garis2 timbul dan melekuk didahinya. Perhatikan betul2 sebab garis2 itu tidak jelas.


HIDUNG
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya akan nampak merah. Manakala gadis yang tidak suci hujung hidungnya berwarna merah pucat, kadang-kadang, warna merahnya tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, lalu disebut lelaki hidung belang.

3. MATA
Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang. Kadang-kadang, kita memandang wanita cantik dibagian luar saja, tapi bagian dalamnya tidak. Untuk mengetahui wanita itu masih dara atau tidak, cubalah tengok matanya. Apabila bahagian bawah kelopaknya terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam, bererti gadis itu sudah tidak dara lagi, mungkin sudah bersuami.

PUNGGUNG
Punggung gadis berubah melalui 2 proses, iaitu:
-Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
-Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.
Punggung yang selalu disentuh lelaki akan menjadi besar, terutamanya yang sudah berhubungan seks. Manakala punggung gadis yang masih dara, walaupun membesar tetapi ia masih kelihatan cantik, sebab masih kenyal dan tegang serta tidak lembut dan jatuh. Semasa berjalan, punggung seseorang tidak goyah sebab dagingnya masih solid dan tidak lembut kalau dipegang, maksudnya dia masih perawan. Bagi yang pernah melakukan hubungan intim, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak solid, punggungnya nampak jatuh.Semasa melakukan hubungan seks, lebih kurang 90% hormon yang ada di bagian punggung akan tertumpu kebagian kemaluan, sebab di masa kepuncak (organsme), punggung gadis menjadi tegang. Apabila sudah selesai hubungan intim, punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan seks, maka punggungnya akan semakin jatuh, lesu dan leper.

TELINGA
Gadis yang tidak pernah disentuh oleh lelaki, telinganya kelihatan cantik dan nampak bersih, tetapi gadis itu pernah disetubuhi atau telinganya pernah digigit atau dicium dan disentuh, secara semulajadi bentuk telinga gadis itu akan berubah menjadi lebih leper sedikit dan tidak lagi kemerah-merahan dan menjadi pucat. Bagi gadis yang masih dara tapi pernah kena sentuh lelaki, pucatnya tidaklah ketara sangat.

BUAH DADA (payudara)
Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki, tetapi buah dada juga sebagai bukti sekiranya gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah pernah sentuhan, buah dada itu kurang tegang dan sedikit lebih besar daripada pada ukuran asalnya. Lebih kerap disentuh, buah dadanya lebih kendur. Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit daripada biasa. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, tetapi jangan sewenang-wenangnya menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kerana kena remas. Sebabnya, buah dada yang besar kena remas dan yang besar agak berbeza terutamanya dari segi ketegangannya.
Buah dada yang kena remas menjadi besar tetapi tidak tegang, sementara buah dada yang besar secara semulajadi sentiasa tegang dan tidak bergoyang semasa berjalan. Manakala buah dada yang selalu disentuh bergoyang-goyang atau terhayun-hayun seperti telinga gajah, kekiri, kekanan, keatas, kebawah dan kadang-kadang melambung2 ketika gadis itu berjalan atau berlari.

GARIS TELAPAK TANGAN
Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua telapak tangannya berwarna pucat tidak merah apabila ditekan. Satu cara lagi, cuba perhatikan telapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus di bahagian tengah, bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus2 berarti ada kemungkinan kesuciannya belum hilang.

p/s hanya sekadar teori.. tapi boleh dijadikan panduan
read more...

Monday, July 16, 2012

Pelajar Boleh Membawa Handphone Ke Sekolah Mulai Tahun 2013

Yesss!! Berita baik kepada semua pelajar tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah dimana mereka boleh membawa handphone ataupun telefon bimbit ke sekolah.Ini berikutan faktor aspek keselamatan dan mengambil kira pandangan yang positif. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.


Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah. Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.
Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen. Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.
p/s Handphone yang dibawa ke sekolah tu jangan disalahgunakan.. No sms gepren or bopren masa kelas,no game dan paling penting no facebook okey!!
read more...

Sunday, July 15, 2012

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2012 Diploma Dan Ijazah

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2012 Diploma Dan Ijazah

Permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi tahun 2012 bagi peringkat diploma dan ijazah kini dibuka. Permohonan pinjaman pelajaran MARA hanya dibuka kepada pelajar IPTS yang tersenarai dibawah MARA. Permohonan MARA ini boleh dibuat secara online.

Permohonan Secara Online

  1. Permohonan boleh dibuat di EduLoan. (jika pautan gagal diakses,cuba sebentar lagi)
  2. Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
  3. Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
  4. Borang permohonan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.
  5. Keputusan permohonan akan dimaklumkan ke alamat emel anda.

Syarat Permohonan Pinjaman MARA

  1. Mestilah bumiputra atau melayu sahaja
  2. Berumur dalam 18 hingga 25 tahun
  3. Mengikuti pengajian di IPTS yang tersenarai dibawah MARA
  4. Pendapatan gaji ibubapa kurang dari RM 4000 dan kebawah

Maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MARA.

p/s Saja ambil maklumat nie untuk rujukan kredit untuk Melvister
Sumber: melvister
read more...