Tuesday, July 17, 2012

Microsoft Lancarkan satu Tablet Pembunuh iPad


Microsoft nampaknya akan segera melancarkan tablet 'pembunuh iPad'. Beberapa media besar di AS mendapatkan jemputan untuk acara pengumuman dari Microsoft tersebut.

Seperti dikutip dari Mashable, khabar angin kini mulai beredar mengenai tablet 'pembunuh iPad' dari Microsoft, iaitu sebuah tablet yang menggunakan sistem operasi Windows 8.

Blog Hollywood, The Wrap mengatakan bahawa Microsoft akan melancarkan sebuah produk yang akan menjadi pesaing kepada produk Apple.

Ini mungkin langkah konkrit pertama daripada Microsoft yang ingin melancarkan tablet.

Antara tahun 2008 hingga 2010, Microsoft sempat mengusahakan projek tablet bernama 'Courier'. Projek itu kemudian dibatalkan tidak lama setelah Steve Jobs mengumumkan kehadiran iPad generasi pertama.

Sumber: foren-6

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Microsoft Lancarkan satu Tablet Pembunuh iPad"

Post a Comment