Jangan Terpredaya Dengan Pegawai Zakat Palsu
GEORGE TOWN - Sudahlah wang RM700 bersama kad pengenalan diri, kad ahli orang kelainan upaya (OKU) suami dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dikebas, malah dia juga ditinggalkan seorang diri di Sungai Nibong di sini.
Itulah nasib yang menimpa seorang warga emas, Rahmah Mohamad, 61, apabila mendakwa diperdaya seorang lelaki yang mengaku kakitangan dari Pusat Urus Zakat (PUZ) di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kelmarin.
Sedangkan, cawangan PUZ di kawasan Pulau Pinang hanya terdapat di Lebuh Buckingham, Sunway Tunas, Bayan Baru; Masjid Daerah Balik Pulau dan Masjid Negeri Pulau Pinang di Jalan Ayer Itam.
Difahamkan, selain Rahmah dan suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 67, seramai tiga lagi warga emas di kawasan terbabit berdepan nasib sama tetapi terselamat selepas mereka menolak tawaran lelaki bergelar Azlan itu.
Dakwa Rahmah, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari apabila lelaki tempatan itu mengunjungi kediamannya di Blok 22, flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini.
Menurutnya, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu memberitahu, dia dan suaminya yang merupakan OKU akan menerima wang zakat bernilai RM3,000 serta barangan keperluan dapur dan makanan dari pejabatnya.
sumber : Kosmo
0 comments: on "Jangan Terpredaya Dengan Pegawai Zakat Palsu"
Post a Comment