Saturday, July 21, 2012

Bonus Gaji Hari Raya 2012

Bonus Gaji Penjawat Awam Sempena Aidilfitri 2012. Buat kakitangan awam, anda akan mendapat imbuhan sempena bonus raya tahun ini. Menurut Perdana Menteri, pemberian bonus tersebut bergantung kepada kemampuan kerajaan. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi mengenai berapa jumlah yang akan diberikan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3y-IbC7Aa6iTP5VMiZ8kYmY7aMNz7GM6ry1WRiR22Ucs7E6W-NwP9iw6Do7jh_pIhXQbgPJrezBMTs7auwBnm41XIkvRHlpKIuW88NpIVjlLT3ADU2yQNPayIP87x_SF5ynwApU6cXbA/s320/Bonus-Hari-Raya.jpg
Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemu berkata beliau akan melihat ‘buku kira-kira’ kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu. “Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu…kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini. Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.

Sumber : Melvister
Jgn Lupa Blanja k... hehe

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Bonus Gaji Hari Raya 2012"

Post a Comment