Pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh itu akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, ketelusan cermin dan sebagainya.Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu dan mereka akan diberikan satu waktu pemeriksaan yang spesifik.
Pelanggan juga boleh melayari laman web PUSPAKOM untuk senarai cawangan Puspakom seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927Pemeriksaan kenderaan secara percuma itu merupakan komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam usahanya memastikan kenderaan berada pada tahap selamat untuk dipandu semasa musim perayaan.
0 comments: on "Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM Percuma Sempena Raya"
Post a Comment